Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ular sawa dari lubang tandas

9:01am 14/07/2016 Pak Roshan 563 views Global
GAMBAR menunjukkan sukarelawan kampung memegang ular sawa yang ditangkap dari rumah wanita terbabit. - Agensi

GAMBAR menunjukkan sukarelawan kampung memegang ular sawa yang ditangkap dari rumah wanita terbabit. – Agensi

Bangkok: Seorang wanita cedera ringan selepas digigit seekor ular sawa sepanjang 4.3 meter dan berat lebih 20 kilogram apabila reptilia itu muncul dari lubang tandas ketika wanita berkenaan mencangkung di atasnya.

Nareerat Sri-nhampong, 38, serta-merta melompat dari tandas berkenaan sebaik melihat ular berkenaan.

Sukarelawan bantuan tempatan di Chonburi, Thailand bergegas ke rumah Nareerat sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu.

Mereka terpaksa memecahkan bilik mandi wanita itu dalam usaha menangkap ular terbabit.

Sukarelawan berkenaan mengambil masa lebih sejam, termasuk menggunakan tukul untuk memecahkan lantai sebelum menemui reptilia terbabit yang berlingkar dalam lubang di bawah lantai itu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan