Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ular sawa albino hadiah kahwin

9:04am 21/09/2016 Pak Roshan 185 views Global
Wu Jianfeng memeluk isterinya, Jiang Xue, dengan ular sawa melingkari leher mereka.

Wu Jianfeng memeluk isterinya, Jiang Xue, dengan ular sawa melingkari leher mereka.

Beijing: Satu pasangan pengantin membuat kejutan pada majlis perkahwinan mereka apabila bertukar-tukar dua ular sawa Burma yang berwarna emas sebagai ganti cincin.

Pasangan sebagai pencinta haiwan itu mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di wilayah Jilin pada 16 September lalu.

Pengantin lelaki, Wu Jianfeng, memberi ular seberat 30 kilogram kepada isterinya, Jiang Xue, yang kemudian membalas dengan ular jenis sama seberat 15 kilogram.

Pasangan itu sudah banyak kali menyelamatkan haiwan yang teraniaya.

Dua sawa yang digunakan pada majlis perkahwinan itu ditemui di pinggir Jilin pada 2015 selepas haiwan itu dilepaskan untuk tujuan keagamaan.

Ular sawa Burma ialah ular albino menyebabkan warnanya keemasan. Bagaimanapun, rakyat China tidak dibenar membela haiwan liar dan dua ular itu dirampas pihak berkuasa pada 18 September lalu, selepas gambar dan video majlis berkenaan tersebar di Internet. –  chinadaily.com/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan