Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,645

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ulang Tahun Pertama Tragedi Gempa Bumi Gunung Kinabalu Pada 5 Jun

10:27am 03/06/2016 Pak Roshan 599 views Berita Pilihan,Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan
Gunung Kinabalu-Arkib Sayangsabah

Gunung Kinabalu-Arkib Sayangsabah

KOTA KINABALU : Upacara memperingati ulang tahun pertama tragedi gempa bumi Gunung Kinabalu yang meragut 18 nyawa tahun lepas akan berlangsung pada 5 Jun di Taman Kinabalu di Ranau.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, sebuah monumen berukuran 4 kaki X 2 kaki diperbuat daripada runtuhan bongkah batu yang dikutip dari tapak gempa akan dilancarkan di Kiau Gate, kira-kira satu kilometer dari tempat bermulanyua pendakian di Timpohon gate.

“Monumen ini ialah untuk memperingati 18 orang yang terkorban dalam tragedi gempa pada 5 Jun tahun lepas dan melakar rekod sejarah acara itu. Kami akan memastikan plak itu dalam keadaan baik sepanjang masa.

“Pihak berkuasa Taman akan mengekalkan satu daripada pondok yang runtuh dalam gempa bumi itu sebagai bahan muzium dan dilengkapi dengan plak beserta maklumat mengenai gempa dan bagaimana pondok itu musnah,” katanya pada sidang media hari ini.

Masidi berkata, seramai 17,274 pendaki dengan 55 peratus terdiri daripada pendaki warga asing telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu sejak laluan baharu Ranau dibuka kepada pendaki pada 1 Dis 2015 dan sehingga 31 Mei tahun ini.

“Ini adalah satu petunjuk yang baik dari pendaki warga asing bahawa mereka mempunyai keyakinan terhadap kemampuan kita membuka semula laluan gunung yang rosak akibat gempa bumi dan mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk memastikan gunung tersebut selamat untuk pendakian,” katanya.

“Pihak berkuasa telah membelanjakan RM1.015 juta untuk membaiki denai gunung. Laluan Ranau dan Kota Belud hampir siap dengan yang pertama pada peringkat 98 peratus dan kedua 80 peratus; laluan Kota Belud dijangka siap selepas Cuti Hari Raya,” katanya kepada pemberita.

Beliau memberitahu bahawa perancangan sedang dijalankan untuk memasang halangan runtuhan bongkah batu sekitar Gunung Kinabalu membabitkan kos RM6 juta dan dijangka siap dalam masa setahun.

Pihak berkuasa juga sedang mempertimbangkan untuk mendirikan sebuah Muzium mengenai gempa bumi pada Jun 2015 di Taman Kinabalu.

“Kita sedang berusaha untuk memperbaiki keadaan malim seperti menaikkan bayaran daripada RM130 kepada RM230 untuk setiap perjalanan, dan Taman-Taman Sabah memberikan perlindungan insurans kepada mereka,” katanya.

Lapan belas orang termasuk empat malim gunung rakyat Sabah, tujuh pelajar dan tiga warga Singapura dan dua pelancong asing terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter yang menggegarkan Ranau pada 5 Jun.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan