Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ulang tahun ke-70 BSM pada 8 Mei ini

Kota Kinabalu : Sambutan Ulang Tahun Ke-70 Bulan Sabit Merah (BSM) Cawangan Sabah akan diadakan di Sandakan sempena Sambutan Hari Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Sedunia pada 8 Mei ini.

Pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk pertandingan pertolongan cemas, kawad kaki, persembahan kebudayaan serta acara sukan.

Sementara itu, pada 29 April ini pula akan diadakan Program Derma Darah di Pusat Beli Belah Oceanus sebagai salah satu aktiviti sempena sambutan berkenaan.

Pengerusinya, Asnan Yusuf Chong
menyatakan demikan selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Dr Juhar Datuk Mahirudin di Istana Negeri, pagi tadi.

Jelas beliau, tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menyampaika undangan kepada Tun Juhar selaku Penasihat badan itu untuk melancarkan Sambutan Peringkat Negeri bermula 17 hingga 20 Ogos depan.

Pada kunjungan tersebut, Tun Juhar turut melancarkan Program Penjualan Bendera yang akan bermula 8 Mei untuk mengumpul dana bagi membantu masyarakat serta melaksanakan aktiviti persatuan./Penerangan-

Tun Juhar (tengah,depan) merakamkan gambar kenangan bersama rombongan BSM Cawangan Sabah.

Komen


Berita Berkaitan