Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

ULANG TAHUN KE 100 PERANG DUNIA PERTAMA

100 perang dunia pertama

LIEGE (Belgium): Negara Eropah dan Australasia hari ini memperingati ulang tahun ke-100 Perang Dunia Pertama.

Majlis utama berlangsung di Memorial Peperangan Tentera Bersekutu Cointe di sini.

Raja Philippe dari Belgium akan menyampaikan amanatnya, diikuti dengan Presiden Francois Hollande dari Perancis, Presiden Joachim Gauck dari Jerman, Putera William dari Britain dan Perdana Menteri Belgium, Elio Di Rupo.

Konflik berdarah itu secara rasminya bermula pada 4 Ogos apabila Britain mengisytiharkan peperangan terhadap Jerman selepas ia menakluki Belgium.

Seramai 10 juta anggota tentera maut, 20 juta cedera, berjuta orang awam menjadi mangsa, empayar tumbang dan dunia mengalami perubahan.

Majlis memperingati ulang tahun ke-100 Perang Dunia Pertama itu juga diadakan di Australia dan New Zealand.

Kira-kira 61,000 rakyat Australia dan lebih 18,000 rakyat new Zealand maut dalam peperangan itu, satu peristiwa yang disifatkan oleh Perdana Menteri Australia, Tony Abbott sebagai “bencana paling dahsyat dalam sejarah manusia”.
“Boleh dikatakan Perang Dunia Pertama ini juga mencetuskan Komunisme, yang membawa kepada Nazisme, hingga kepada Perang Dunia Kedua dan Perang Dingin,” katanya ketika majlis memperingati Perang Dunia Pertama itu di Canberra, satu daripada banyak lagi majlis seumpama di seluruh Australia.

“Peristiwa yang berlaku 100 tahun lalu itu masih lagi bergema di seluruh dunia hari ini dan ia mempunyai kesan besar ke atas negara Komanwel muda seperti Australia.

“Daripada jumlah penduduk kurang daripada lima juta orang, lebih 400,000 menyertai pasukan keselamatan, lebih 300,000 berkhidmat di luar negara, lebih 150,000 cedera dan lebih 60,000 terbunuh,” kata Abbott.

Ia adalah juga peperangan paling tinggi kesannya dari segi kematian dan kecederaan yang membabitkan Australia.

Di New Zealand, pihak tentera melepaskan 100 das tembakan di dataran Wellington bagi memperingati ulang tahun ke-100 Perang Dunia Pertama itu.

Perdana Menterinya, John Key memberitahu majlis yang diadakan di parlimen bahawa peperangan berkenaan meninggalkan kesan mendalam ke atas New Zealand, yang hanya diisytiharkan negara merdeka daripada Britain tujuh tahun kemudian.

“Perang Dunia Pertama mengubah bagaimana rakyat New Zealand melihat diri mereka dan bagaimana negara lain melihat kita.

“Ia meletakkan asas bagi sebuah negara yang kita warisi sekarang,” katanya. – AFP

Komen


Berita Berkaitan