Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ukraine Tubuh Suruhanjaya Negara Bagi Siasat Tragedi MH17

suruhanjaya siasatan

 

KUALA LUMPUR– Presiden Ukraine Petro Poroshenko mengarahkan penubuhan Suruhanjaya Negara bagi menyiasat tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang terhempas di timur negara itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Menurut laman sesawang rasmi presiden www.president.gov.ua/en/, suruhanjaya tersebut akan dianggotai pakar daripada Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan antarabangsa lain serta wakil dari Belanda dan Malaysia.

 

“Bagi pihak negara, Presiden Ukraine menyampaikan ucapan takziah kepada rakan dan saudara mara mangsa dalam tragedi dahsyat ini.

“Operasi mencari dan menyelamat yang sebaik mungkin sedang dijalankan,” menurut laman tersebut.

Ia menyebut kejadian itu merupakan tragedi ketiga selepas pesawat Angkatan Tentera Ukraine jenis AN-26 dan SU-25 ditembak jatuh di wilayah Rusia.

“Kami tidak menolak kemungkinan pesawat itu (MH17) turut ditembak jatuh dan menegaskan bahawa Angkatan Tentera Ukraine tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menyerang sasaran di udara.

“Kami yakin mereka yang bertanggungjawab atas tragedi itu akan dihadapkan ke muka pengadilan,” menurut laman tersebut.

Menurut laporan agensi-agensi berita antarabangsa, pesawat, yang membawa 280 penumpang dan 15 anak kapal terbunuh, selepas terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia hari ini.

Komen


Berita Berkaitan