Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UKM FC terus tambah derita Sabah

PEMAIN pasukan Sabah, Maxius Musa (kiri) cuba melepasi pemain UKM FC, Mohamad Hafizudin Sulaiman pada perlawanan Liga Perdana diantara Sabah menentang UKM FC di Stadium Likas. – Foto Lano Lan

 

KOTA KINABALU: Badi tanpa kemenangan Sabah berterusan kepada tujuh perlawanan berturut-turut selepas kecundang 1-3 kepada UKM FC di Stadium Likas, di sini, malam ini.

Tuan rumah dikejutkan seawal 30 saat permainan selepas Wan Mohd Faiz Wan Sulaiman melakukan penyudah baik hasil hantaran ketua pasukan mereka, hantaran Asnan Ahmad bagi menjadikan kedudukan UKM FC mendahului 1-0.

Sabah kemudian memiliki peluang baik pada minit ke-8, namun cubaan Rahman Shah Marajeh yang tidak dikawal di dalam kotak penalti, tinggi melepasi palang gol.

Pada minit ke-14, Sabah berjaya menyamakan kedudukan hasil rembatan kencang Hector Omar Ramos selepas mendapat hantaran daripada Maxsius Musa bagi menjadikan kedudukan 1-1.

UKM FC hampir memperolehi gol kedua pada minit ke-31 menerusi tandukan Faiz Hanif Adnan, bagaimanapun, ianya sekadar menggegarkan palang gol Sabah.

Tiga minit kemudian, penyerang import UKM FC, Michael Chukwubunna Ijezie sekali lagi menggamamkan penyokong tuan rumah apabila tandukan beliau terus menerjah jaring bagi menjadikan kedudukan 2-1.

Di minit terakhir separuh masa pertama, Sabah berpeluang untuk menyamakan kedudukan namun cubaan Ummareng Bachok berjaya diselamatkan penjaga gol UKM FC, Muhamad Nur Haziq Mohd Aris.

Bermula babak kedua, Sabah lebih menguasai perlawanan dan melakukan banyak serangan, namun, ianya gagal diterjemah kepada jaringan.

Pada minit ke-68, tuan rumah memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan namun tandukan Ramos hasil hantaran Keisuke Ogawa tersasar di sebelah kanan pintu gol UKM FC.

Pasukan pelawat kemudian menghukum kelalaian barisan pertahanan Sabah apabila memperolehi gol ketiga di masa tambahan menerusi rembatan Sein Nam dari dalam kotak penalti dan kedudukan 3-1 itu kekal sehingga pengadil meniupkan wisel penamat. –¬†Oleh Ryan Stanley/BH Online

Komen


Berita Berkaitan