Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UiTM Sabah anjur majlis makan malam amal alumni, mengumpul dana bantu golongan kurang berkemampuan

6:47pm 15/03/2016 Leolerry Lajius 36 views Tempatan
Masidi (tengah) ketika sidang media tersebut.

Masidi (tengah) ketika sidang media tersebut.

KOTA KINABALU: Persatuan Alumni UiTM Sabah akan mengadakan Majlis Makan Malam Amal Alumni UiTM pada 2 April akan datang bagi mengumpul dana persatuan tersebut untuk membantu pelajar yang kurang berkemampuan meneruskan pengajian mereka.

Menurut Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Masidi Manjun, dana yang diperolehi sempena majlis tersebut akan digunakan untuk membantu pelajar yang mempunyai masalah kewangan bagi mengelakkan mereka tercicir dari terus mendapatkan pendidikan.

“Pelajar yang mempunyai masalah kewangan untuk meneruskan pengajian dan tidak mampu membayar yuran sekiranya terpaksa mengulang semula subjek adalah sasaran utama bagi pemberian bantuan ini yang akan ditentukan oleh pihak pentadbiran UiTM sendiri.”

“Bantuan ini juga tidak seperti bantuan yang lain kerana pelajar tidak perlu membayar balik pinjaman yang diberikan dan ia bergantung kepada pelajar itu sama ada membayarnya atau tidak,” katanya ketika sidang media di Magellan Sutera Harbour, di sini, hari ini.

Masidi yang juga merangkap Yang Dipertua Persatuan Alumni UiTM turut menyatakan lebih 2,000 orang pelajar yang mendapat faedah daripada skim tersebut.

“Kita tidak mahu hanya kerana tidak mampu membayar yuran terdapat pelajar terutama sekali pelajar pedalaman berhenti dari meneruskan pengajian mereka.”

“Majlis yang diadakan sekali dalam dua tahun sejak tahun 2002 ini turut mendapat sumbangan dari pelbagai pihak dan juga alumni UiTM sendiri yang mana setakat ini telah mencapai lebih 40 ribu orang di negeri ini dan 700 ribu seluruh negara,”katanya.

Selain itu, pelancaran Yayasan Kecemerlangan Kinabalu oleh Ketua Menteri Sabah juga akan turut diadakan yang berperanan untuk membantu persatuan ini dalam melaksanakan program-program berkaitan kebajikan pelajar UiTM Sabah.

Majlis bertemakan “Celebrating Your Success By Helping Others to Succeed” itu akan diadakan di Grand Balroom, Magellan Sutera Harbour bermula pukul 7.00 malam yang akan dirasmikan oleh  Datuk Seri Panglima Musa Aman selaku penaung persatuan tersebut dan juga akan diserikan dengan persembahan artis terkemuka negara dan tempatan Sabah.

Harga-harga meja adalah RM1,000, RM1,500, RM3,000 dan RM5,000 atau harga setiap tiket RM100, RM150, RM300 dan RM500 dan tarikh akhir tempahan adalah pada 28 Mac.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan meja boleh menghubungi Samsuddin Mohd Amin (019-8410777), Sazali Md Salleh (013-8510369), Awang Amdan S M Darus (011-25202998), Rosmini Simin (088-326482) dan Francesca Lydia Chipli (088-232121).-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan