Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,715

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UiTM bakal dicatatkan dalam The Malaysia Book of Records

5:32pm 11/11/2016 Leolerry Lajius 524 views Tempatan

KOTA KINABALU : Universiti Teknologi MARA (UiTM) bakal dicatatkan di dalam The Malaysia Book of Records sempena sambutan  ulang tahun UiTM ke 60 tahun yang turut melibatkan UiTM Cawangan Sabah yang akan menakluki empat buah gunung yang terdapat di negeri ini.

Menurut Penyelaras Perhubungan Korporat universiti tersebut,  Siti Yasmin Badrum berkata sebanyak 13 kampus cawangan UiTM di seluruh Malaysia melakukan pendakian gunung-gunung berdekatan dengan lokasi kampus cawangan masing-masing sempena sambutan ulang tahun menerusi program XPDC 111116 UiTM.

Bagi UiTM Sabah, seramai  40 pelajar mengikuti pendakian berkenaan. Gunung yang didaki oleh peserta adalah Gunung Trusmadi, Gunung Alap dan Gunung Wakid di Tambunan dan Gunung Nambuyukon di Kota Marudu. Pelajar terbabit merupakan Komander Kesateria universiti.

Para peserta diiringi 12 petugas iaitu staf Unit Kurikulum, Pegawai Kehormat Kesateria dan  Jurulatih Kesatria.

“  Pendakian dijalankan pada waktu petang hari sama dan dijangka akan tiba di puncak pada 11 November (Jumaat) dalam sekitar jam 12 tengahari,” kata Yasmin dalam satu kenyataan media UiTM Sabah.

Dalam program tersebut,  rombongan pendakian gunung ini telah berlepas ke lokasi masing-masing pada 10 November (Khamis ) dari kampus  UiTM Kota Kinabalu.

“ Perlepasan ini turut disaksikan oleh Timbalan Rektor, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Sheikh Junaidi Sh Mohammad bagi menyemarakkan semangat para peserta,” kata Yasmin.

Sempena sambutan ini adalah mengenang lakaran sejarah UiTM bertitik tolak pada tahun 1956 dengan tertubuhnya Dewan Latehan RIDA. Tahun 2016 menyaksikan 60 tahun UiTM bertapak di bumi Malaysia, dan masih berdiri teguh walau hanya bermula sebagai Dewan Latihan sahaja./SayangSabah

UiTM SABAH BOLEH! Sheikh Junaidi (berdiri, tengah) bersama  kepada salah satu kumpulan peserta rombongan ke Gunung Trusmadi bagi  mencatat dalam The Malaysia Book of Records.

UiTM SABAH BOLEH! Sheikh Junaidi (berdiri, tengah) bersama kepada salah satu kumpulan peserta rombongan ke Gunung Trusmadi bagi mencatat dalam The Malaysia Book of Records.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan