Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UINVEST mengunjungi Yahya

Kelihatan, Yahya (tengah) menerima cenderamata daripada Awang Buhtamam semasa kunjungan itu.
Kelihatan, Yahya (tengah) menerima cenderamata daripada Awang Buhtamam semasa kunjungan itu.

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin telah menerima kunjungan hormat daripada UMS Investment Holdings Sdn.Bhd (UINVEST) yang diketuai oleh Pengerusi kumpulan, Datuk Awang Buhtamam Haji Ag.Mahmun di di pejabatnya di Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu, hari ini.

Menurut Awang Buhtamam, kunjungan itu bagi menjalin kerjasama dan usahasama dalam pelbagai bidang yang bersesuaian diantara UINVEST/Universiti Malaysia Sabah (UMS) dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (MAFI).

Katanya, pihaknya dapat mengadakan kerjasama bersama MAFI dalam pembangunan dan pemasaran pertanian dan industri makanan, penyelidikan pertanian dan industri makanan dan cadangan penubuhan satu pusat bagi memasarkan industry makanan Sabah disamping peluang pendidikan dan latihan kemahiran.

Sementara itu, Yahya mengalukan-alukan jalinan kerjasama dan usahasama kedua-dua pihak untuk kebaikan dan kemajuan sektor pertanian dan industri makanan negeri Sabah.

Turut hadir ialah Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Ujang Sulani, Setiausaha Politik Kementerian, Encik Ewon Benedick, Pengarah Jabatan Perikanan Negeri, Datuk Rayner S.Galid dan ketua jabatan dan agensi dibawah MAFI.

Rombongan UINVEST/UMS pula disertau oleh Pengurus Besar kumpulan, Encik Ramlan Awang Ali, Dekan Fakulti Sains Makanan dan Pemakanan UMS, Prof.Madya Dr.Sharifudin Md.Shaarani, Pengarah Institut Penyelidikan Marin Borneo, Prof.Madya Dr.Rossita Shapawi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Perakaunan, Prof Madya Dr.Rasid Mail dan pegawai lain.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan