Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UCSF tawar lapan program peringkat ijazah

Ghazali
Ghazali Ismail. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – Kolej Universiti Yayasan Sabah (UCSF) yang beroperasi tahun ini menawarkan lapan program pengajian peringkat ijazah dan diploma untuk pengambilan pelajar baharu April dan Jun ini.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr. Ghazally Ismail berkata, program yang ditawarkan itu ialah Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

“Empat lagi program lain akan ditawarkan pada ambilan pelajar baharu Jun ini. Ini adalah peluang terbaik untuk pelajar dari negeri Sabah memperolehi ijazah sarjana muda yang ditawarkan universiti swasta yang dimiliki Yayasan Sabah, salah satu syarikat milik penuh kerajaan negeri,” katanya di sini hari ini.

Ghazally berkata, pihaknya akan membantu para pelajar kurang berkemampuan untuk mendapatkan pinjaman ataupun biasiswa daripada pelbagai agensi termasuk Yayasan Sabah.

Mengenai Hari Terbuka UCSF di Kampus utama, Sembulan dan di Kompleks Beli-Belah, Suria Sabah baru-baru ini, beliau berkata ia mendapat sambutan amat menggalakkan daripada orang ramai khususnya golongan belia dan lepasan sekolah. Keterangan lanjut mengenai UCSF, hubungi talian 088-511 111 atau emel di [email protected]oleh Monica Gidong / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan