Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UCSF serah 94 surat tawaran kepada pelajar SMK Bandaraya 2

Ghazally (lima kanan) menyampaikan surat tawaran kepada Hetty (tengah) bersama para tetamu lain pada majlis itu. - foto Monica Gidong
Ghazally (lima kanan) menyampaikan surat tawaran kepada Hetty (tengah) bersama para tetamu lain pada majlis itu. – foto Monica Gidong

KOTA KINABALU – University Kolej Yayasan Sabah (UCSF) menyerahkan 94 surat tawaran kepada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya 2, bagi kemasukan sesi akademik 2015/2016.

Naib Canselornya, Prof. Datuk Dr Ghazalli Ismail berkata, surat tawaran berkenaan diberikan kepada para pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 yang layak menyambung pengajian di peringkat ijazah sarjana muda di universiti itu.

Beliau berkata, SMK Bandaraya 2 adalah sekolah angkat UCSF yang mana para pelajar sekolah itu yang lulus peperiksaan STPM akan diberi keutamaan melanjutkan pengajian peringkat ijazah di UCSF.

“Setakat ini, UCSF menawarkan empat program pengajian di peringkat Diploma dan Ijazah, iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

“Para pelajar pra-universiti sekolah ini berpeluang menyambung pengajian ke peringkat Ijazah di universiti sekiranya memperoleh keputusan yang memenuhi syarat kemasukan ke universiti ini,” katanya ketika berucap dalam majlis Penyerahan Surat Tawaran dan Lawatan Rombongan SMK Bandaraya 2 ke UCSF di sini hari ini.

Terdahulu, para pelawat yang terdiri daripada Pengetua, Penolong Kanan dan para ­guru panitia diberikan penerangan menyeluruh berkaitan UCSF seperti program yang ditawarkan serta perancangan semasa dan masa hadapan universiti berkenaan.

Ghazally berkata, UCSF mempunyai masa hadapan yang cerah untuk para pelajar kerana banyak perkara baharu yang akan dipertingkatkan dari masa ke semasa seperti penambahan peluang tajaan pengajian dan infrastuktur universiti. oleh Monica Gidong / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan