Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UCSF raih pujian

Lawrence (middle) with master trainer  SAC3 Abd Jamil Ahmad watching a student
Lawrence (middle) with master trainer SAC3 Abd Jamil Ahmad watching a student

KOTA KINABALU: Universiti Kolej Yayasan Sabah (UCSF) raih pujian bertaraf antabangsa dari kalangan ahli sains, cendekiawan dan pengarah filem sejak penubuhannya.

Menurut Penerbit Filem Terkemuka daripada Amerika Syarikat Lawrence Johnson, UCSF layak menerima pujian serta pengiktirafan kerana komitmennya kearah kecemerlangan dan bidang pelajaran serta kemudahan yang bertaraf tinggi.

“UCSF adalah sebuah kampus yang luar biasa, khususnya buat para pelajar kerana apa yang hebat di sini adalah pelajar berpeluang untuk mendapatkan pengalaman sebenar dalam dunia pekerjaan dalam bidang yang mereka pelajari.”

“Cara ini adalah amat praktikal dan pintar yang mana ianya mampu memupuk keyakinan diri pada  seseorang dan mengalakkan mereka untuk mengejar impian,” katanya pada pemberita ketika ditemui di Pusat Animasi Sabah dan Pusat Kandungan Kreatif (SAC3) dekat sini, baru­baru ini. Lawrence berkata, UCSF banyak memberi peluang  kepada para pelajar sehingga menjadikannya salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terbaik di Sabah.

Katanya, mengejar matlamat bukanlah sesuatu yang mudah tetapi berbeza sekiranya jalan mencapai matlamat itu diketahui.

“Seperti contoh untuk menjadi artis seni ianya bukan sesuatu yang mudah kerana terlalu ramai mereka yang mahu menjadi artis di luar sana tetapi apa yang membezakan mereka adalah usaha, kemahuan dan semangat.”

“Di UCSF saya lihat, IPT ini bukan sahaja menggalakkan para pelajar untuk berusaha tetapi turut menolong mereka mencapai matlamat serta cita­cita yang diinginkan,” katanya.

Lawrence yang juga seorang Penerbit, Pengarah dan Penyunting pernah mengadakan dua bengkel di UCSF iaitu “Facing Culture: Interpreting Culture in Film” dan “Sound and Light in Film: How sound works in movies”.

Katanya, nasihatnya bagi mereka yang ingin menceburi bidang pelajaran dalam seni perfileman adalah cuba untuk memahami dan bersabar tentang apa yang ditempuhi sepanjang pembelajaran dan projek.

Hasil kerja Lawrence boleh dilihat apabila beliau berjaya meraih anugerah antaranya daripada Persatuan Amerika Negara dan Sejarah Tempatan (Remembering Uniontown, 1985 and Steam Whistle Logging, 1987).

Turut hadir dalam lawatan berkenaan ialah Naib Canselor UCSF Profesor Ghazally Ismail.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan