Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UCSF mahu menyertai FFA

Jorge (kanan) dengan seorang pelajar
Jorge (kanan) dengan seorang pelajar

KOTA KINABALU: Universiti College Sabah Foundation (UCSF) berhasrat untuk menyertai Festival Filem Antarabangsa melalui industri filem yang dihasilkan di universiti berkenaan.

Naib Canselor UCSF Prof Datuk Dr Ghazally Ismail berkata, memasuki peringkat antarabangsa dengan Filem Tempatan Sabah adalah sesuatu yang belum pernah didengari tetapi matlamat itu dijangka mampu meningkatkan taraf industri perfileman tempatan.

Menurutnya, selaras dengan matlamat itu pihaknya berkerjasama dengan Jurugambar Hidupan Liar Antarabangsa dan Duta Nikon Perancis Jorge Camilo Valenzuel bagi mengemudi 15 orang pelajar UCSF dalam bidang berkenaan.

Katanya, dengan tunjuk ajar serta pengalaman daripada Jorge, matlamat berkenaan mampu dicapai serta melangkah ke peringkat yang lebih tinggi.

Sementara itu, Jorge ketika ditemui berkata, cita­cita beliau bukan sahaja untuk mengajar para pelajar menembusi Festival Filem Perancis tetapi juga ke peringkat Festival Filem Antarabangsa lain di seluruh negara.

“Saya bersetuju dengan hasrat serta idea Naib Canselor UCSF, dan sepanjang sebulan mengajar di UCSF sememangnya projek ini membuahkan hasil,” katanya ketika ditemui di sini.

Jorge berkata, walau bagaimanapun setiap sistem pembelajaran itu memerlukan suatu tempoh masa yang panjang bagi mencapai keputusan yang maksimum.

“Selain tempoh masa yang panjang seperti enam hingga sembilan bulan pembelajaran, tenaga pengajar juga diperlukan dari kalangan mereka yang berpengalaman berkerja di lapangan dan bukan hanya mengajar berdasarkan buku semata­mata,” katanya.

Beliau berkata, setiap sudut dan aspek yang diambil kira akan memberi faedah dan manfaat kepada pelajar kelak untuk memajukan ilmu pelajaran yang diperoleh terutama pendedahan pembelajaran bertaraf antarabangsa.

Dalam pada itu, Jorge turut memuji kepimpinan Ghazally dan Timbalan Naib Canselor UCSF Dr. Dayang Aminah Ali bukan sahaja dari segi struktur subjek tetapi juga dalam penyediakan peralatan, bahan dan keperluan untuk sesi pembelajaran para pelajar.

“Dengan semua keperluan yang ada saya telah mengajar para pelajar bidang fotografi dan membuat filem (video) di dalam kelas dan luar kelas dan hasil kepada pembelajaran ini, dijangka sebuah dokumentari akan diterbitkan pada tahun ini.

“Selain itu, para pelajar juga dijangka berpeluang untuk berganding bahu dengan pasukan Perancis untuk menghasilkan filem yang berkualiti tinggi tidak lama lagi,” katanya yang mana kebanyakkan hasil kerja dan projeknya ditaja oleh The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) and National Geographic .

Sedikit latar berkenaan dengan Jorge, beliau tiba di negeri ini buat kali pertama pada tahun 2005 dan mula melawat Sabah beberapa kali kemudian.

Katanya, beliau melihat pelbagai perkara melalui perspektif yang berbeza dengan kanta kamera dan dengan 12 tahun pengalaman dalam bidang fotografi dan video hasil karyanya telah dipamerkan di Tokyo, Paris, Barcelona, Santiago dan Montier.

Selain itu, Jorge juga pengarang kepada dua buah yang bertajuk Borneo dan Amazonia yang diterbitkan oleh Vilo dan National Geographic. Aplikasinya pula iaitu Jungle Spirit kini boleh didapati untuk 27 juta pengguna di Apple.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan