Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,694

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UCSF mampu lahirkan pelajar yang berdaya saing

6:54pm 05/03/2016 Leolerry Lajius 51 views Pendidikan,Tempatan
Naib Canselor UCSF Prof. Datuk Dr. Ghazally Ismail menyampaikan cenderahati kepada Datuk Mary Yap.-Gambar Oleh Alex Mairin

Naib Canselor UCSF Prof. Datuk Dr. Ghazally Ismail menyampaikan cenderahati kepada Datuk Mary Yap.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Pameran fotografi yang dianjurkan oleh University College Sabah Foundation (UCSF) yang bertemakan ‘Art of Seeing’ menjadi platfrom menonjolkan bakat dan kreativiti yang ada dalam kalangan pelajar.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mary Yap, pameran yang dianjurkan oleh UCSF itu merupakan salah satu langkah pembelajaran yang mampu memberikan motivasi kepada para pelajar kerana mereka akan dapat melihat hasil kerja mereka sendiri dipamerkan.

”Saya akan sentiasa menyokong apa jua usaha yang dilaksanakan oleh pihak UCSF untuk membantu mengangkat martabat pendidikan dalam kalangan pelajar,”katanya ketika berucap pada majlis perasmian pameran tersebut di pusat beli belah Imago, di sini, kelmarin.

Beliau turut memuji usaha UCSF kerana walaupun merupakan pusat pengajian yang baru beroperasi tetapi telah mula menunjukkan bahawa ia mampu melahirkan pelajar yang berdaya saing.

Pameran yang mempamerkan keunikan hasil karya para pelajar di bawah tunjuk ajar jurugambar terkemuka Amri Ginang  akan diadakan sehingga 6 Mac nanti dan orang ramai adalah dialu-alukan untuk mengunjungi ruangan pameran tersebut.

Pada malam tersebut, pertunjukan fesyen hasil rekaan pereka terkemuka negara iaitu Amanda Brown turut diadakan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Datuk Marry yap ketik melawat pameran yang dipamerkan dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Datuk Marry Yap (dua dari kanan) ketik melawat pameran yang dipamerkan dalam program tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan