Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

UCSF bantu ke peringkat Ijazah Sarjana Muda

Dekan Fakulti Pengurusan dan Entreprenology (FME) Alan WT Lim
Dekan Fakulti Pengurusan dan Entreprenology (FME) Alan WT Lim

KOTA KINABALU: Universiti College Sabah Foundation (UCSF) akan membantu pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda di universiti berkenaan untuk mendapatkan pinjaman atau biasiswa pengajian.

Dekan Fakulti Pengurusan dan Entreprenology (FME) Alan WT Lim berkata, mereka yang memasuki UCSF berpeluang memohon pinjaman dan biasiswa daripada pelbagai agensi seperti Yayasan Sabah (YS) dan beberapa agensi lain.

“Pelbagai jenis pinjaman yang ada ini adalah untuk membantu mereka yang benar­benar ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi. Di sini, peranan kita bukan sahaja memberikan pendidikan tetapi juga menolong mereka mendapatkan pinjaman ataupun biasiswa.

“Setakat ini, di UCSF kita menawarkan empat program pengajian yang bakal bermula pada April ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Kepujian), Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dan Diploma Pengurusan Pelancongan.

“Selain itu, terdapat empat lagi program akan datang dalam peringkat sama yang dijangka akan bermula pada bulan Jun menjadikan lapan program pengajian akan bermula pada tahun ini,” katanya di sini, kelmarin.

Alan berkata, UCSF mempunyai masa depan yang cerah untuk para pelajar kerana banyak perkara baharu yang akan dipertingkatkan dari masa ke semasa seperti penambahan peluang tajaan pengajian dan infrastuktur universiti.

Mengulas mengenai hari terbuka UCSF yang akan berlangsung pada 28 dan 29 Mac ini di Kampus Utama UCSF, Sembulan. Alan berkata, para pelajar yang datang mendaftar pada ketika itu hanya akan dikenakan Yuran Pendaftaran sahaja.

Katanya, pihak UCSF telah bersetuju untuk mengecualikan Yuran Permohonan kepada para pelajar.

“Terdapat pelbagai program dan aktiviti yang disediakan sepanjang program yang akan turut sama dimeriahkan dengan Hitz FM.

“Antaranya adalah pameran animasi, sesi ceramah berkenaan dengan pinjaman dan program serta lawatan ke sekitar kampus dan hostel buat para pengunjung yang tiba,” katanya.-Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan