Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,655

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UCSF anjur Youth Talent Festival 2016

10:34pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 75 views Hiburan,Tempatan
Datuk Tawfiq (tengah) bersama antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

Datuk Tawfiq (tengah) bersama antara peserta yang menyertai pertandingan tersebut.

KOTA KINABALU: Pihak Kementerian Belia dan Sukan Sabah akan sentiasa memberikan sokongan dan bantuan kepada belia-belia di negeri ini bagi membolehkan bakat mereka diketengahkan dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Menurut Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Hj. Tawfiq Datuk Abu Bakar Titingan, belia merupakan aset penting kepada negara dan pihak kementeriaannya akan sentiasa memberikan sokongan kepada golongan muda untuk menyerlahkan bakat mereka.
Tawfiq juga berkata bahawa bantuan kewangan akan diberikan kepada para belia yang menubuhkan kumpulan atau pertubuhan di negeri ini dan bantuan sedemikian belum pernah diperkenalkan oleh negeri-negeri yang lain.

“Setiap kelab belia yang didaftarkan  akan diberikan Geran Penubuhan sebanyak RM1,000 dan akan diberikan RM5,000 setiap tahun untuk pelaksanaan aktiviti,” katanya ketika berucap sempena perasmian Youth Talent Festival 2016 di University College Sabah Foundation (UCSF) pagi tadi.

Menurut beliau lagi, penganjuran pertandingan seperti ini juga merupakan salah satu platfrom kepada golongan belia untuk menyerlahkan bakat mereka agar dapat mengembangkan lagi bakat mereka hingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Tawfiq juga menyeru kepada golongan belia agar sentiasa menitikkanberatkan soal cara hidup yang sihat dan mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah.

“Dengan mengamalkan gaya hdiup sihat dan mengelakkan diri dari terlibat dengan gejala yang tidak sihat, golongan belia akan dapat meningkatkajn lagi produktivi mereka dan juga dapat mengelakkan dari dijangkiti dengan penyakit berbahaya,”katanya.

Pertandingan tersebut yang disertai oleh 50 orang peserta dari seluruh negeri akan menjalani sesi pemilihan di USCF sehingga esok dan pertandingan akhir akan diadakan di Kompleks Beli Belah Centre Point pada 27 hingga 28 Februari nanti.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan