Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,725

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ucapan tahun baharu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman

 

Datuk Seri Musa Aman

Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU: Bagi pihak Kerajaan Negeri Dan keluarga, saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada seluruh rakyat Sabah. Tahun baru sering dilihat sebagai masa untuk merancang Dan menetapkan matlamat untuk tahun yang lebih baik, berdasarkan pencapaian Dan cabaran pada masa lalu.

Dalam konteks Kerajaan Negeri Sabah, Kita adalah Kerajaan prihatin yang sentiasa mendengar suara rakyat, Dan mengambil tindakan yang tepat Dan sewajarnya terhadap keperluan rakyat. Selaras dengan itu, Kita telah memperkenalkan pelbagai dasar Dan program pembangunan yang memberi manfaat kepada negeri Dan rakyat, serta menyokong pelbagai program transformasi yang diperkenalkan oleh Kerajaan Pusat.

Dengan adanya kestabilan politik Dan ekonomi serta pendekatan berhemah kerajaan negeri, Kita dapat melihat beberapa perkembangan Dan kemajuan. Agenda Pembangunan Negeri menerusi Dasar Halatuju yang diperkenalkan 12 tahun lalu berjaya menghasilkan perkembangan yang amat positif dengan penekanan kepada sektor-sektor pelancongan, pertanian Dan pembuatan. Pada masa yang sama, Koridor Pembangunan Sabah (SDC) juga terus memberi tumpuan terhadap sektor-sektor tersebut, selain menggalakkan pemprosesan hiliran sumber semula jadi, seperti minyak Dan gas.

Projek-projek yang dijana melalui inisiatif ini bukan sahaja mewujudkan lebih ramai usahawan tempatan, tetapi juga membantu melahirkan warga pekerja yang berpengetahuan Dan berkemahiran tinggi. Dengan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti di Sabah, Kita berjaya mengekalkan para belia Kita untuk bekerja di negeri ini Dan mengurangkan penghijrahan ke negeri-negeri lain. Inilah antara perkembangan positif hasil pertumbuhan Dan kekukuhan ekonomi negeri dalam pelbagai sektor. Pada masa yang sama, Kita tidak akan mengorbankan alam sekitar dalam membangun Dan memajukan negeri. Sememangnya Kerajaan komited dalam melindungi alam sekitar kerana Kita menghargai Dan memahami kepentingan alam sekitar dalam rantaian kehidupan, contohnya membekalkan udara Dan air yang bersih.

Alhamdulillah, hubungan kerajaan negeri dengan kerajaan pusat terus bertambah erat Dan kukuh. Saya bersyukur kerana Kerajaan Pusat khususnya YAB. Perdana Menteri sentiasa mendengar suara Kita, Dan mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk menjayakan agenda pembangunan Dan memenuhi keperluan rakyat Sabah.Sehubungan itu, saya menggesa rakyat Malaysia di Sabah agar tidak terpedaya dengan tohmahan sesetengah pihak yang mendakwa kononnya Kita diketepikan oleh Kerajaan Pusat. Saya juga kesal dengan tindakan kumpulan tertentu yang Cuba meniupkan sentimen untuk mengajak rakyat Sabah keluar  daripada Persekutuan Malaysia. Ini adalah suatu tindakan yang tidak bertanggungjawab Dan tidak boleh diterima. Saya percaya bahawa terdapat pelbagai platform yang sewajarnya yang boleh Kita gunakan untuk menyuarakan apa juga isu Dan permasalahan, yang menyentuh kepentingan negara Dan rakyat Sabah.

Pada November lepas, Kerajaan Negeri telah membentangkan belanjawan berjumlah RM3.49 bilion bagi tahun 2016. Kerajaan Negeri terus komited untuk melaksanakan lebih banyak agenda pembangunan di seluruh pelosok negeri untuk kesejahteraan rakyat. Ini termasuklah penambahbaikan infrastruktur asas, pembasmian kemiskinan, meningkatkan kualiti hidup Dan pembangunan wilayah yang seimbang. Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pengurusan kewangan yang berhemah bagi memastikan fundamental ekonomi negeri terus kukuh melalui pelaksanaan beberapa langkah-langkah yang telah sedia Ada.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua pihak untuk merapatkan barisan Dan bersama-sama memberi tumpuan dalam agenda membangunkan Sabah. Pada masa yang sama, warga perkhidmatan awam perlu terus memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan Dan memastikan keperluan ‘stakeholders’ dipenuhi. Kita perlu terus bekerjasama, bermuafakat, bersatu padu Dan bergerak sebagai satu pasukan yang padu dalam membangun Dan memajukan lagi negeri ini.

Pada 05 Jun 2015, episod yang menyedihkan Kita ekoran gempa bumi yang berlaku di Ranau Dan Kundasang. Meskipun IA sangat menyentuh hati Kita semua, namun saya berasa amat terharu Dan memuji semangat berpasukan, solidariti Dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam operasi mencari Dan menyelamat mangsa, termasuklah membantu penduduk Dan mangsa di kawasan yang terjejas. Bagi pihak Kerajaan Negeri Dan rakyat Sabah, sekali lagi saya merakamkan ucapan takziah kepada semua ahli keluarga Dan waris mangsa yang terkorban. Juga penghargaan Dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersatu hati Dan bersatu tenaga dalam menjayakan misi bencana ini.

Aspek keselamatan, keamanan Dan kedaulatan negeri terus diperkukuhkan. Ini termasuklah menerusi ESSCOM Dan Perintah Berkurung di Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE). Justeru saya menggesa semua rakyat untuk memberi kerjasama Dan sokongan padu kepada pasukan keselamatan Kita bagi memastikan negeri Kita khususnya di kawasan berkenaan akan terus kekal selamat Dan aman. Kita juga tidak akan berkompromi dalam soal-soal keselamatan Dan kedaulatan negara atau sekali-kali membenarkan sesiapa sahaja untuk memperlekeh Dan memperkecilkan pengorbanan anggota keselamatan Kita dalam mempertahankan kedaulatan negara, termasuklahinsiden Tanduo, yang meragut nyawa anggota pasukan keselamatan Kita.

Sempena Tahun Baharu 2016, adalah menjadi harapan saya agar rakyat di negeri ini akan mencapai kejayaan Dan kecemerlangan dalam pelbagai bidang yang diceburi. Marilah Kita mengukuhkan lagi semangat kesatuan Dan kerjasama, melipatgandakan lagi usaha Dan bersama-sama kerajaan dalam memacu kemajuan negeri ke tahap yang lebih tinggi untuk kesejahteraan Dan kemakmuran Kita Dan generasi yang akan datang.

Dengan harapan tersebut, saya sekali lagi mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2016 kepada seluruh rakyat di negara ini, khususnya di negeri Sabah.

Sekian, terima kasih.

-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan