Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,824

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ucapan Muhyiddin, Shafie: Mesyuarat Khas MT UMNO Putuskan Pada 9 Dis

2:59pm 05/12/2015 Pak Roshan 23 views Mutakhir,Politik

MT-UMNO\

BAGAN DATOH – Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Dis ini akan membuat keputusan sama ada Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dibenarkan berucap pada sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2015.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu akan didengari oleh Muhyiddin dan Shafie kerana mereka juga menghadiri mesyuarat khas tersebut.

“Kita mendengar apa yang disuarakan oleh mana-mana pemimpin UMNO. Kita harap mesyuarat khas yang akan diadakan pada 9 Dis nanti akan memutuskan dan kita serahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Sukan Air Bagan Datoh 2015 di Kompleks Pelancongan Bagan Datoh di sini, Sabtu.

Muhyiddin baru-baru ini mengesahkan beliau akan hadir pada Perhimpunan Agung UMNO yang akan berlangsung minggu depan walaupun tidak dibenarkan berucap. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan