Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ucapan Muhyiddin Dirujuk Ke Jawatankuasa Khusus UMNO

1:11pm 08/12/2015 Pak Roshan 108 views Mutakhir,Politik
Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor

KUALA LUMPUR – Video ucapan Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis ‘Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman, malam tadi akan diteliti oleh sebuah jawatankuasa khusus UMNO untuk mengkaji sekiranya wujud perlanggaran dari aspek perlembagaan parti.

Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata hasil siasatan jawatankuasa itu kemudiannya akan dirujuk ke Lembaga Disiplin dan Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan lanjut.

“Saya semalam dengar dia (Tan Sri Muhyiddin) punya ucapan, saya juga mengenal pasti wajah-wajah yang turut hadir. Saya telah beri (rakaman video kepada Jawatankuasa Khusus untuk buat penelitian, dan kemudian kita akan bawa ke perhatian Lembaga Disiplin parti dan Majlis Tertinggi untuk buat keputusan,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata Muhyiddin tidak seharusnya membawa hal ehwal dalaman parti itu ke pengetahuan umum, sebaliknya menggunakan platform yang betul untuk menyuarakan pandangannya dalam isu-isu yang dibangkitkan.

“Dia (Muhyiddin) telah bersetuju dalam Majlis Tertinggi. Dia kata akan akur dengan apa yang diputuskan dalam MT, jadi akurlah,” kata Tengku Adnan.

Malam tadi, Muhyiddin menghadiri majlis ‘Bersama Timbalan Presiden UMNO’ di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru untuk menyampaikan ucapannya selaku Timbalan Presiden parti itu, setelah tidak dibenarkan untuk membuat ucapan perasmian ketiga-tiga sayap parti dalam Perhimpunan Agung UMNO 2015 esok.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan anggota veteran parti Tan Sri Aziz Yassin. – BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan