Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ubat, kosmetik jenama luar bernilai RM9,572 dirampas

Anggota PPM (kanan) menunjukkan produk ubatan dan kosmetik yang dirampas. - foto ihsan PPM
Anggota PPM (kanan) menunjukkan produk ubatan dan kosmetik yang dirampas. – foto ihsan PPM

TAWAU – Pasukan Polis Marin (PPM) merampas pelbagai jenis ubat dan kosmetik jenama luar negara bernilai RM9,572 yang cuba diseludup masuk untuk pasaran tempatan dalam Ops Paradise yang dijalankan di Pantai Batu-Batu Sabindo, di sini semalam.

Antara produk yang dirampas Kukubima Ener (1,020 peket), Sabun Shinzui Skin (50 buku), Makarizo Rebonding (Empat balang), bedak Herocyn (12 botol), Vita Tetra (200 peket dan 12 botol), ubat Cap 19 (19 peket) dan Super Top (120 botol).

Komander PPM Wilayah Sabah, Asisten Komisioner ACP Mohamad Madun berkata, produk berkenaan dirampas semasa sepasukan anggota melakukan rondaan, kemudian terjumpa satu longgokan bungkusan, di lokasi itu kira-kira pukul 6.20 petang.

“Hasil pemeriksaan lanjut telah menjumpai kesemua produk ubatan dan kosmetik berkenaan.
Tiada pemilik produk berkenaan tampil dan pihak PPM telah membawa barangan berkenaan ke Pangkalan PPM. Kes disiasat mengikut Peraturan 7 (1) (a) Akta Farmasi,” katanya di sini hari ini. – oleh Masani Sandan / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan