Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,772

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Ubah persepsi Hospital Mesra hanya untuk pesakit kurang siuman- Bahrin

2:49pm 29/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 29 views Kota Kinabalu,Tempatan
BAHRIN melepaskan para peserta Mesra Charity Hunt di HMBP

BAHRIN melepaskan para peserta Mesra Charity Hunt di HMBP

KOTA KINABALU- Masyarakat negeri ini perlu mengubah persepsi dan stigma bahawa  Hospital Mesra hanya untuk pesakit kurang siuman  dan sakit mental semata-mata, kata Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Negeri, Mohd.Bahrin Abd.Karim.

Katanya, secara umum masyarakat masih memandang negatif terhadap Hospital Mesra disebabkan kurangnya kunjungan mesra dan pendedahan mereka terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Menurutnya, persepsi negatif masyarakat terhadap Hospital Mesra Bukit Padang (HMBP) itu adalah tidak tepat kerana hospital ini turut memberi perkhidmatan kepada kanak-kanak dan remaja termasuk golongan kanak-kanak autism.

“Mereka (pesakit) yang berkunjung ke HMBP bukan semuanya pesakit mental yang serius seperti yang digambarkan oleh masyarakat sebelum ini.

“Hanya 20 peratus pesakit sahaja yang terlibatkan dengan perkara-perkara yang agresif atau keganasan. Selebihnya merupakan masyarakat biasa yang memerlukan bimbingan, sokongan moral, emosi, kaunseling bagi mengurangkan tekanan, panik dan lain-lain”, katanya.

Bahrin berkata demikian kepada pemberita selepas melepaskan peserta “Mesra Charity Hunt” anjuran Kelab Sukan dan Rekreasi Kota Kinabalu (SRCC) dengan kerjasama Lembaga Pelawat Hospital Mesra Bukit Padang di perkarangan hospital itu, hari ini.

Turut hadir ialah menanggung kerja Pengarah HMBP, Dr.Raziffah Abd.Rahman dan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda UMMO Bahagian Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Kinabalu berkata, penghuni HMBK amat memerlukan sokongan dan perhatian khususnya daripada keluarga pesakit itu sendiri dan juga masyarakat bagi membantu pemulihan dan rawatan mereka.

“Masyarakat boleh membantu dari segi kebajikan pesakit termasuklah sumbangan dalam bentuk “kasih sayang” dan perhatian bagi membantu pemulihan dan penyembuhan pesakit”, tegasnya.

Katanya, HMBK merupakan satu-satunya hospital sakit jiwa di Sabah dan dikategorikan sebagai hospital pakar yang khusus menjalankan perawatan psikiatri.

“HMBK merupakan hospital rujukan bagi semua kes-kes psikiatri seluruh Sabah bagi hospital-hospital dan semua klinik kesihatan di negeri ini”, katanya.

Menurutnya, perkhidmatan yang diberikan oleh Hospital Mesra begitu menyeluruh seperti Klinik Psikiatri (Pesakit Luar) dan Pesakit Dalam, Pemulihan Carakerja, Fisioterapi, Community Mental Health Team (CMHT), Job Placement, Pusat Intervensi dan Pengayaan Kanak-kanak, Hortikultur, Dietetik & Sajian, Kerja Sosial Perubatan, Psikologi Kaunseling, Promosi Kesihatan dan lain-lain.

Mengenai Mesra Charity Hunt, Bahrin yang juga Presiden SRCC berkata, ia diadakan bertujuan untuk mengumpul dana bagi membantu membeli peralatan-peralatan rekreasi  dan rehabilitasi untuk kegunaan pesakit-pesakit.

Katanya, ini merupakan program sulung kelab itu bersama Ahli Lembaga Pelawat HMBP dan berharap akan mengadakan program seumpama itu dalam skala yang lebih besar dalam tempoh terdekat.-SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan