Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Ubah gaya hidup tidak sihat

seorang penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma pada Karnival Kesihatan itu. - foto Kalawon Sawing
seorang penduduk mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma pada Karnival Kesihatan itu. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Masyarakat perlu mengubah tabiat pemakanan dan gaya hidup tidak sihat kepada lebih sihat, bagi mengelak mendapat penyakit kronik seperti diabetes atau kencing manis, darah tinggi dan penyakit berkaitan jantung.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, rakyat di negara ini khususnya di Sabah harus lebih peka akan kesihatan dan melakukan perubahan bagi mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan yang sihat, bersenam, kurangkan stress, berhenti merokok dan menjauhi alkohol.

Menurut Ahli Parlimen Pensiangan itu, dengan cara ini penyakit-penyakit kronik dapat dielakkan oleh individu itu sendiri daripada ancaman penyakit tersebut.

“Aman kesihatan perlu dititkberatkan oleh masyarakat. Ini kerana kejayaan sesebuah negara bergantung kepada kesejahteraan rakyatnya,” katanya semasa berucap merasmikan Program NBOS (Karnival Kesihatan) di Padang Sekolah Kebangsaan (SK) Sinua, di sini semalam.

Kurup berkata, kajian menunjukkan tahap kesedaran tentang penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan kebanyakannya memandang remeh mengenai isu kesihatan termasuk enggan menjalankan pemeriksaan kesihatan. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan