Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,789

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

UAE lantik Menteri Kebahagiaan pertama

9:38am 12/02/2016 Pak Roshan 1 views Global
Ohood

Ohood

Dubai: Perdana Menteri Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum mengumumkan Kabinet baru kelmarin, termasuk melantik ‘Menteri Negara Bagi Kebahagian,’ yang pertama seumpamanya di negara itu.

Sheikh Mohammed menegaskan kebahagian adalah lebih daripada satu harapan dan ia akan diwujudkan menerusi perancangan, projek, program dan indeks.’

Jawatan baru itu diserahkan kepada Ohood Al Roumi yang akan tetap meneruskan tugasnya sebagai ketua pengarah di pejabat perdana menteri.

Ohood ialah antara tujuh wanita yang dilantik menganggotai Kabinet seramai 29 anggota itu.

“Kabinet baru itu memberi tumpuan kepada masa depan, belia, kebahagiaan, membangunkan pendidikan dan menangani perubahan iklim,” kata perdana menteri berusia 66 tahun itu dalam akaun Twitternya.

Antara yang dilantik ialah lulusan Universiti Oxford berusia 22 tahun, Shamma al-Mazrui, yang akan memegang jawatan menteri hal ehwal belia. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan