Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TYT terima kunjungan hormat

CENDERAHATI… Tun Juhar (tengah) menerima cenderahati daripada Chacho (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban (tiga dari kanan).
CENDERAHATI… Tun Juhar (tengah) menerima cenderahati daripada Chacho (tiga dari kiri) sambil disaksikan oleh Pembantu Menteri Kewangan Datuk Ramlee Marahaban (tiga dari kanan).

KOTA KINABALU: Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahiruddin berkenan menerima kunjungan hormat Ahli Jawatankuasa Induk Regatta Lepa Semporna Kali Ke-22 yang diketuai pengerusinya Dr Chacho Bullah di Istana Negeri, di sini pagi tadi.

Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk menjemput Yang di-Pertua Negeri untuk hadir  menyempurnakan majlis pelancaran penutupan Regatta Lepa bertempat di Padang Pekan Semporna pada 25 April ini.

Pada kunjungan hormat itu, Chacho turut memberi taklimat mengenai acara Regatta Lepa pada kali ini akan dimeriahkan dengan pengisian pelbagai program bertemakan “Regatta Lepa Lambang Perpaduan Budaya 1Malaysia” bermula 24 hingga 25 April. Sementara program berbentuk hiburan Konsert Mesra Rakyat akan diadakan pada 26 April.

Sementara itu, Tun Juhar turut menerima kunjungan hormat daripada rombongan Timbalan-Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah yang diketuai Datuk Johnny Mositun.

Tujuan kunjungan adalah menjemput Tun Juhar hadir merasmikan Persidangan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ke-14 yang bermula pada pada 9 April ini. – Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan