Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TYT Sabah terima kunjungan hormat daripada Kontinjen Polis Sabah

Tun Juhar (tengah) merakam gambar kenangan bersama rombongan Polis Kontinjen Sabah
Tun Juhar (tengah) merakam gambar kenangan bersama rombongan Polis Kontinjen Sabah-Jabatan Penerangan

KOTA KINABALU – Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr Haji Juhar bin Mahiruddin menerima kunjungan hormat daripada Kontinjen Polis Sabah bagi memperkenalkan dua pegawai polis yang baharu bertugas di negeri ini.

Rombongan yang diketuai Pesuruhjaya Polis Negeri Sabah, DCP Datuk Jalaluddin Abdul Rahman juga menjemput Tun Juhar dan orang ramai ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Ibu pejabat Polis Kontinjen Sabah, Kepayan pada 5 Ogos ini.

Terdahulu, Tun Juhar menerima kunjungan hormat rombongan Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Majlis Fatwa Negeri Sabah yang diketuai oleh Mufti Kerajaan Negeri, SS Datuk Bungsu Aziz Jaafar.

Menurut Bungsu, tujuan kunjungan tersebut adalah untuk memperkenalkan AJK baru yang dilantik dan AJK lama yang disambung semula lantikanya dan berharap gabungan itu akan dapat memperkasa dan memperkemaskan intitiusiPENERANGAN

Bungsu (depan, kiri) dan rombongan bergambar bersama Tun Juhar
Bungsu (depan, kiri) dan rombongan bergambar bersama Tun Juhar- foto Jabatan Penerangan

 

 

Komen


Berita Berkaitan