Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,305

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

TVET mampu sediakan tenaga kerja yang berdaya saing dan berkualiti

3:26pm 20/02/2017 Elezebeth Esther Onjining 52 views Kota Kinabalu,Pendidikan,Tempatan

Treadell (kiri) dan Dr. Mary Yap semasa sidang akhbar sempena Seminar TVET Sabah, dekat sini, hari ini

KOTA KINABALU- Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) penting dalam pembangunan ekonomi dan sosial kerana ia mampu menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing dan berkualiti tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, Datuk Mary Yap Kain Ching berkata orientasi TVET adalah ke arah dunia pekerjaan dan melatih tenaga kerja yang mahir.

“Para pelajar yang mempunyai kemahiran tidak mempunyai kesukaran untuk mendapat pekerjaan selepas tamat belajar.

“Sebanyak 97.4 peratus pelajar Kolej Komuniti dan 85 peratus pelajar Politeknik telah berjaya mendapat pekerjaan selepas tamat belajar,” katanya kepada pemberita semasa sidang media sempena Seminar TVET Sabah, dekat sini, hari ini.

Menurut Dr. Mary Yap, pihak kementerian telah melaksanakan Rangka Kerja Pendidikan Tinggi Nasional (2015-2025) yang mengetengahkan masa hadapan pendidikan di Malaysia termasuklah TVET.

“TVET dahulunya bukan pilihan utama dalam sistem pendidikan jika dibandingkan dengan universiti awam, namun sekarang ia menjadi topik hangat dalam dunia pendidikan,” katanya.

Hadir sama, Pesuruhjaya Tinggi British, Vicki Treadell.

Menurut Treadell, kemahiran bukan hanya boleh dikecapi atau dibina dengan memasuki mana-mana universiti tetapi ia boleh dibina dengan pengalaman yang diperolehi dalam dunia pekerjaan.

“Kita boleh belajar, membina kemahiran dan menjadi seseorang yang profesional sambil bekerja… Tidak semestinya kita tidak boleh berjaya dalam bidang pekerjaan masing- masing sekiranya tidak memasuki universiti, katanya.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif SEDIA, Datuk Dr Mohd Yaakub Hj. Johari. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan