Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,735

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tutup stesen TV

9:10am 12/03/2016 Pak Roshan 9 views Global
SEORANG kakitangan wanita melihat kerosakan akibat serbuan Shin Bet di pejabat Palestine Today.

SEORANG kakitangan wanita melihat kerosakan akibat serbuan Shin Bet di pejabat Palestine Today.

Baitulmaqdis: Pasukan keselamatan Israel menyerbu pejabat stesen televi-
syen Palestine Today di Tebing Barat dan menahan pengurusnya atas dakwaan menghasut keganasan.

Operasi yang menyasarkan stesen itu percubaan terbaru rejim Israel untuk menghentikan penyiar Palestin yang didakwa bertanggungjawab menyemarakkan gelombang keganasan sejak lima bulan lalu.

Shin Bet mendakwa saluran Palestin Today ‘membuat siaran bagi pihak kumpulan militan Islamic Jihad’ dan berkata, stesen berkenaan ditutup dalam satu operasi bersama tentera.

“Saluran itu berkhidmat untuk Islamic Jihad sebagai cara menghasut penduduk Tebing Barat dengan menyeru serangan keganasan terhadap Israel dan rakyatnya.

“Hasutan itu disiarkan melalui stesen televisyen itu selain di Internet,” kata agensi itu dalam satu kenyataan.

Tambahnya, pengurus Palestin Today, Farooq Aliat, 34, turut ditahan dan digambarkan sebagai anggota Islamic Jihad yang pernah dipenjarakan di Israel.

Saluran itu bersiaran dari Semenanjung Gaza, kawasan dikuasai Hamas.

Israel menyalahkan hasutan pemimpin Palestin dan media sebagai punca utama keganasan yang melihat 188 penduduk Palestin, 28 Israel, dua Amerika dan masing-masing seorang warga Sudan serta Eritrea sejak 1 Oktober tahun lalu terbunuh.

Kebanyakan orang Palestin terbunuh ketika melancarkan serangan menggunakan pisau, pistol atau merempuh menggunakan kereta.

Selebihnya ditembak mati tentera Israel ketika pertempuran atau demonstrasi.

Ramai penganalisis berpendapat keganasan meningkat ekoran penduduk Palestin semakin hilang sabar dengan penjajahan Israel di Tebing Barat, kegagalan proses rundingan damai dan perpecahan dalam kepemimpinan mereka. – AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan