Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,803

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tutup patung bogel

1:01pm 28/01/2016 Pak Roshan 24 views Global
HASSAN (kiri) bersama Renzi dalam sidang media selepas pertemuan di Istana Campidoglio di Rom pada Isnin lalu.

HASSAN (kiri) bersama Renzi dalam sidang media selepas pertemuan di Istana Campidoglio di Rom pada Isnin lalu.

Rome: Keputusan pegawai Itali untuk menutup beberapa patung purba bogel kerana tidak mahu menyinggung Presiden Iran, Hassan Rouhani yang melawat negara itu menerima kecaman pelbagai pihak.

Menjelang sidang media bersama Perdana Menteri Itali, Matteo Renzi dan Hassan pada Isnin lalu, panel kayu dipasang bagi menutup beberapa patung Roman di Muzium Capitoline di sini.

Apabila sidang media itu disiarkan di media Itali kelmarin, ahli politik dari seluruh parti mengecam tindakan berkenaan.

Pihak muzium kelmarin memberitahu, pejabat Renzi mahu semua patung yang terdapat di laluan Hassan menuju ke sidang media ditutup.

Renzi dan Hassan membuat sidang akhbar di dalam bilik yang menempatkan patung tembaga Maharaja Marcus Aurelius, yang lengkap berpakaian.

Antara ahli politik yang lantang mengkritik Renzi kelmarin adalah Gianluca Peciola dari parti berhaluan kiri, SEL yang melancarkan satu petisyen bagi mendesak Renzi menjelaskan keputusan itu.

Katanya, perkara itu memalukan seni dan budaya yang difahami sebagai satu konsep universal.

Ketua parti berhaluan kanan Brothers of Italy, Giorgia Meloni pula berkata, tahap penerimaan budaya Renzi telah melebihi setiap had kesopanan.

Dia mengimbau kembali peristiwa mengecewakan sebelum ini apabila sebuah patung bogel moden ditutup ketika putera mahkota Emiriah Arab Bersatu melawat dewan bandaraya Palazzo Vecchio.

Dalam perkembangan berasingan, ketika pertemuan di Rome, Renzi dan Hassan komited untuk mengukuhkan hubungan budaya kedua-dua negara.

Pejabat Renzi memberitahu, Muzium MAXXI di Rome berminat untuk mempamerkan hasil seni dari muzium seni kontemporari Iran. – AP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan