Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tutup laman web Islamik

closed

Jakarta: Ketua editor tujuh laman sesawang yang ditutup oleh Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia menafikan laman sesawang mereka mempromosikan fahaman radikal.

Ketua editor laman sesawang berkenaan turut menghantar sepucuk surat bagi meminta kementerian menarik balik larangan berkenaan.

“Kami mengemukakan bantahan kerana laman sesawang kami tidak mengandungi unsur negatif yang bertentangan dengan peraturan kementerian,” kata ketua editor qlislamiccenter.com, Agus Soelarto.

Kementerian Komunikasi dan Informasi kelmarin mengarahkan Pembekal Perkhidmatan Internet menutup 19 laman sesawang atas permintaan Agensi Antipengganas Kebangsaan (BNPT).

“BNPT menghantar permintaan berkenaan pada 24 Mac lalu dan selepas diproses kami dapati permintaan itu positif,” kata jurucakap Kementerian Komunikasi dan Informasi, Ismail Cawidu semalam.

BNPT meminta 26 laman sesawang ditutup tetapi dua daripada laman sesawang berkenaan adalah sama.

“Empat lagi laman sesawang sudah tidak lagi aktif dan satu lagi laman sesawang sudah ditutup sebelum permohonan dibuat.

“Selepas semua proses kami dapati hanya 19 laman web yang akan ditutup,” ujarnya.

Ismail berkata, kementerian itu meminta orang ramai yang terjumpa laman sesawang yang menyebarkan pandangan radikal supaya mengadu kepada kementerian.

Bagaimanapun, ketua editor salam-online.com, Ubaidillah Salman memberitahu, tiada satu pun laman sesawang yang ditutup itu menyokong fahaman radikal.

“Kami juga tidak melaporkan mengenai kumpulan militan Negara Islam (IS). Apa itu IS? Ia tidak penting bagi kami,” katanya.

Jelas Ubaidillah, laman sesawang berkenaan mengambil berita dari agensi antarabangsa seperti Antara, BBC, AFP, Reuters dan CNN.

“Adakah agensi media berkenaan mempromosikan fahaman radikal? Saya rasa tidak,” tegasnya.

Wakil laman sesawang itu juga merancang mengadakan pertemuan dengan BNPT bagi meminta penjelasan.-Agensi

Komen


Berita Berkaitan