Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,793

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Turun padang dengar ‘denyut nadi rakyat’- Samsudin

6:51am 28/10/2016 Elezebeth Esther Onjining 176 views Kota Kinabalu,Tempatan
SAMSUDIN melawat jambatan konkrit yang sedang dalam pembinaan di Pulau Shangai Sandakan.

SAMSUDIN melawat jambatan konkrit yang sedang dalam pembinaan di Pulau Shangai Sandakan.

SANDAKAN- Wakil rakyat dari Barisan Nasional akan sentiasa mengamalkan budaya turun padang bagi mendekati rakyat dalam usaha mendengar ‘denyut nadi rakyat’ kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong, Datuk Samsudin Yahya.

Samsudin berkata, seseorang wakil rakyat perlu merasai dan memantau masalah yang membelengu masyarakat di kawasan mereka.

“Bukan kita tidak percaya kepada rakyat tetapi itulah peranan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) dan pemimpin masyarakat peringkat akar umbi yang sangat sinonim seperti slogan Perdana Menteri ‘Dengar Denyut Nadi Rakyat’.

“Oleh itu, wakil rakyat BN dan UMNO sering turun padang dikawasan masing-masing untuk menyelami masalah rakyat justeru tidak sesekali mengabaikan rakyat baik di kawasan bandar, pedalaman, dan pinggir bandar,” katanya.

Samsudin berkata demikian ketika mengadakan Lawatan Kerja ke tiga buah kampung di Zon Kepulauan melibatkan Kg. Shangai, Pulau Tronglit, Kg. Baharu dalam Zon Kepulauan Dun Sekong, bagi meninjau sendiri tapak cadangan pembinaan masjid baharu dan dua buah jambatan konkrit di Pulau Shangai bersama-sama dengan Pegawai Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (ICU Sabah) dan Pegawai Pembangunan Majlis Perbandaraan, dekat sini, baru-baru ini.

Hadir sama dalam lawatan kerja itu, Pegawai Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah, Mohd Iqbal Damit, Pegawai Pembangunan Luar Bandar Majlis Perbandaran Sandakan, Ustaz Embran Osman, Ketua Puteri UMNO Batu Sapi,  Hazulizah Md. Dani, Naib Ketua Puteri, Khatijah Ebarahim, serta rombongan daripada Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Jabatan Perdana Menteri, Majlis Majlis Perbandaraan Sandakan, UPPM Sekong dan AJK Puteri Umno Batu Sapi.

Beliau yang juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi menjelaskan bahawa tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat dan bukan semata-mata untuk meraih populariti atau kepentingan diri sendiri.

“Tanggungjawab sebagai wakil rakyat adalah menyelesaikan masalah rakyat di samping mengenal pasti tindakan yang harus diambil oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat tidak kira di mana mereka berada.

“Saya percaya alternatif turun padang ini akan banyak membantu kami sebagai wakil rakyat mengenal pasti masalah serta kekurangan yang dihadapi oleh rakyat,” jelasnya.

Dalam pada itu, Samsudin memberitahu dasar-dasar kerajaan yang dilaksanakan di negara ini jelas menunjukkan BN mengutamakan rakyat, justeru mereka (rakyat) disarankan memberi sokongan padu kepada kerajaan bagi menjamin pembangunan yang berterusan.

“Tomahan pembangkang ternyata tidak benar dan cuba mengelirukan rakyat, sebaliknya rakyat disarankan lebih bijak dalam menghadapi situasi sebegini dan tidak terpengaruh dengan agenda mereka (pembangkang),” katanya.

Sementara itu, Samsudin bersama pegawai dari Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Sabah telah meninjau tapak cadangan sebuah lagi Masjid Baharu dan melawat jambatan konkrit yang sedang dalam pembinaan di Kg. Tronglit.-SayangSabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan