Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Turki siap terima puluhan ribu pelarian baru

PENDUDUK memeriksa kerosakan pada sebuah bangunan selepas tentera Syria melancarkan serangan di kawasan kejiranan al-Sakhour, Aleppo, Syria, semalam.
PENDUDUK memeriksa kerosakan pada sebuah bangunan selepas tentera Syria melancarkan serangan di kawasan kejiranan al-Sakhour, Aleppo, Syria, semalam.

Oncupinar: Turki semalam bersiap sedia untuk menerima ketibaan baru ribuan pelarian yang melarikan diri dari serangan besar-besaran tentera Syria yang disokong Russia.

Puluhan ribu penduduk Syria berada berhampiran pintu sempadan negara itu.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, kira-kira 20,000 orang kini berada di pintu sempadan Bab al-Salam dengan harapan untuk memasuki Turki yang setakat ini sudah menempatkan lebih dua juta pelarian dari negara jirannya yang bergolak itu.

Kumpulan Pemerhati Syria bagi Hak Asasi pula berkata, 40,000 orang dipaksa meninggalkan kediaman masing-masing sejak Isnin lalu.

Pihak berkuasa Turki berusaha mewujudkan kawasan di antara kem pelarian yang sedia ada di sepanjang sempadan dengan Syria bagi menempatkan pelarian yang akan tiba itu.

Pejuang penentang Bashar dan kira-kira 350,000 orang awam masih berada di bandar Aleppo yang menjadi sasaran serangan besar-besaran tentera Syria dengan bantuan serangan udara Russia.

Beberapa trak kelmarin dilihat membawa khemah ke kem pelarian berhampiran pintu sempadan itu.

Sekurang-kurangnya empat trak bantuan juga dilihat kembali ke Turki selepas menghantar bantuan makanan kepada pelarian di sebelah sempadan Syria.

Lembaga Pengurusan Bencana dan Darurat Turki (AFAD) berkata, ia sudah membuat persiapan terakhir untuk menghadapi kebanjiran baru pelarian.

Negara itu berdepan dengan keadaan serupa pada 2014 apabila 200,000 pelarian melarikan diri dari Kobane, bandar Kurdis di sebelah Turki selama tiga hari berturut-turut apabila kumpulan Daish dan militan Kurdis Syria bertempur. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan