Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,781

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tuntutan NCR Mawasi adalah melibatkan tanah yang bergeran

2:59pm 24/11/2016 Leolerry Lajius 56 views Kota Kinabalu,Laporan Sidang DUN,Tempatan

KOTA KINABALU: Tuntutan NCR Mawasi di Daerah Ranau adalah melibatkan tanah yang bergeran dan penduduk kampung yang mendakwa telah meneroka kawasan bergeran tersebut tekah diputuskan sebagai penceroboh.

Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Teo Chee Kang berkata, keputusan tersebut telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dalam kes sivil antara Syarikat Worthy Palms Sdn. Bhd. dengan penduduk kampung yang meneroka tanah tersebut.

“Dengan keputusan tersebut, penduduk kampung telah bertindak balas dengan memfailkan tindakan ke Mahkamah Tinggi memohon untuk membatalkan geran tersebut atas alasan mereka mempunyai NCR di atas tanah berkenaan tetapi sehingga kini, kes berkenaan masih belum diputuskan,”katanya.

Bagi kawasan NCR yang dituntut oleh penduduk Kampung Simbuan, beliau menyatakan bahawa ia terletak di Kampung Matingka yang terletak dalam daerah Tongod dan melibatkan kawasan tanah kerajaan seluas 500 ekar yang telah diluluskan kepada sebuah syarikat.

“Isu tuntutan di kawasan ini telah diselesaikan melalui perintah mahkamah di mana kawasan NCR perlu diukur untuk dikeluarkan dari kawasan yang telah diluluskan kepada syarikat tersebut.”

“Jabatan Tanah dan Ukur juga sedang melaksanakan kerja-kerja pengukuran untuk mengeluarkan kawasaan tanah NCR yang dianggarkan seluas 230 ekar daripada kawasan 500 ekar yang diluluskan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ucapan penggulungan berbahasan Bajet 2017 ketika Persidangan DUN mesyuarat ketiga penggal keempat Dewan Undangan Negeri Sabah yang ke-14, di sini, hari ini.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan