Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunjuk dokumen sebelum beli tong LPG di Tawau bermula esok

48L-LPG-Cylinder

TAWAU: Bermula esok (15 Januari 2016), para pembeli tong Gas Petroleum Cecair (LPG) di daerah ini, termasuk Pulau Sebatik perlu menunjukkan dokumen diri sebelum dibolehkan membeli keperluan tersebut. 

Ketua Cawangan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Tawau, Peter J. Berinus Agang berkata, perkara itu adalah sebagaimana diumumkan oleh Ketua Setiausaha kementerian pada 7 November 2015, lalu.

Menurutnya, para peniaga runcit di daerah Tawau (termasuk Pulau Sebatik) dilarang menjual LPG melainkan kepada warganegara Malaysia yang menunjukkan mykad semasa pembelian, penduduk Tetap/Sementara yang menunjukkan kad penduduk tetap / sementara semasa pembelian dan pekerja asing sah yang menunjukkan permit kerja semasa pembelian.

Pelarian UNHCR yang menunjukkan kad UNHCR semasa pembelian juga boleh membeli tong gas serta  mana-mana orang yang diberi kebenaran oleh Pengawal Bekalan dan menunjukkan permit khas semasa pembelian.

 Katanya, pengguna yang layak diminta menunjukkan dokumen pengenalan diri semasa melakukan pembelian untuk direkodkan dan menggesa orang ramai memberi kerjasama dalam pelaksanaan peraturan baru itu, demi membantu Kementerian menangani kegiatan penyelewengan dan penyeludupan LPG bersubsidi.- Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Komen


Berita Berkaitan