Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunggu UFO

BENTUK wajah makhluk asing yang dibina Decker menggunakan batu.
BENTUK wajah makhluk asing yang dibina Decker menggunakan batu.

Sacramento, AS: Seorang lelaki warga emas membuat wajah makhluk asing gergasi di belakang halaman rumahnya dengan harapan dapat menarik kedatangan objek terbang tidak dikenali (UFO).

Larry Decker, 77, membuat wajah makhluk asing berukuran 27.5 meter panjang dan 18.3 meter lebar itu menggunakan batu.

Decker memulakan projek 28 Mac lalu dengan bantuan anak perempuan dan cucunya, dan siap tiga hari kemudian.

Kata Decker, minatnya terhadap makhluk asing bermula ketika dia berusia 10 tahun dan tinggal di ladang di selatan Ohio.

“Pada satu hari saya berjalan ke rumah jiran sebelum menemui formasi bulatan pelik pada ladang gandum seperti kesan pendaratan UFO. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan