Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunggu restu guru

Ahmad Dhani (kanan) bersama pegawai Pakatan Koalisi Majapahit MAH Thony, serta peniaga Alim Basa Tualeka selepas berbincang di sebuah hotel di Surabaya, kelmarin.
Ahmad Dhani (kanan) bersama pegawai Pakatan Koalisi Majapahit MAH Thony, serta peniaga Alim Basa Tualeka selepas berbincang di sebuah hotel di Surabaya, kelmarin.

Surabaya: Pemuzik terkenal, Ahmad Dhani masih belum mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya Datuk Bandar Surabaya walaupun tarikh akhir pencalonan semakin hampir.

Ahmad Dhani berkata, dia masih menunggu restu daripada guru agamanya untuk bertanding dalam pilihan raya itu bagi menentang dua lagi calon iaitu Tri Rismaharini dan timbalannya Whisnu Sakti Buana.

Ujarnya, setiap kali mahu melakukan sesuatu, dia mesti mendapat nasihat daripada gurunya, Habib Faiz Mukhdor.

“Saya masih lagi menunggu restu daripada Habib Faiz yang berada di Malang.

“Saya tidak pasti mahu bertanding atau tidak kerana guru saya masih belum memberikan izin,” katanya.

Menurutnya, Habib Faiz datang ke Surabaya semalam tetapi dia tidak memberitahu tujuan gurunya berada di bandar itu.

Bagaimanapun, pemuzik terkenal itu berkata, dia sudah bersedia untuk menjadi datuk bandar walaupun masih belum mendaftarkan diri untuk bertanding.

“Menjadi datuk bandar tidak susah kerana wang peruntukan untuk dibelanjakan bagi mentadbir sudah disediakan.

“Saya hanya perlu menghabiskan peruntukan itu untuk membangunkan bandar ini.

“Saya memang suka berbelanja dan saya sudah bersedia,” katanya.

Ujarnya, dari segi pentadbiran, pemimpin di setiap daerah hanya perlu menunggu arahan daripada kerajaan pusat untuk melaksanakan semua dasar.

“Langkah seterusnya bergantung kepada pemimpin di peringkat nasional,” jelasnya.-Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan