Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunggu kelulusan pihak atasan

Kelihatan kayu beruti rosak teruk dan patah ada beberapa bahagian jambatan itu. - foto Kalawon Sawing
Kelihatan kayu beruti rosak teruk dan patah ada beberapa bahagian jambatan itu. – foto Kalawon Sawing

TENOM – Kerja penyelenggaraan bagi membaiki kerosakan jamabatan Naluyan di sini, akan dimulakan sebaik sahaja mendapat peruntukan daripada kerajaan.

Pegawai Daerah, Madiyem Layappan berkata, kerosakan jambatan Naluyan telah pun dibincang dalam mesyuarat pembangunan dan tindakan daerah serta mesyuarat bencana alam daerah, baru baru ini.

“Setakat ini, kerja-kerja penyelanggaraan belum bermula disebabkan pihak jabatan yang berkaitan sedang menunggu kelulusan peruntukan dari pihak atasan,” katanya sebagai mengulas rungutan pengguna jalan raya di kawasan tersebut yang mahu jambatan itu dibaiki secepat mungkin.

Sementara itu, seorang penduduk, Wahab Timpai berkata, kira kira 1,000 penduduk di tiga buah kampung iaitu Kampung Batu 90, Baab dan Gunting terjejas teruk sekiranya penutupan jalan raya di situ dilakukan terlalu lama.

Katanya, kerosakan jambatan itu telah berlaku sejak tahun lalu, namun sehingga kini belum ada tanda-tanda ia diselenggarakan.

“Penduduk yang juga pengguna mahu jambatan itu siap segera kerana laluan itu merupakan jalan pintas dan hanya memakan masa beberapa minit sahaja sampai ke jalan raya utama,” ujarnya. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan