Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunggu Hasil Siasatan Pihak Berkuasa Isu 1MDB – Khairy

kj

KUALA LUMPUR – Semua pihak perlu berhenti mengeluarkan kenyataan mengelirukan berhubung siasatan pihak berkuasa berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menasihatkan orang ramai supaya menunggu hasil siasatan pihak berkuasa berkenaan 1MDB sebelum membuat rumusan awal.

“Lebih baik kita melihat hasil siasatan tersebut dan saya percaya hasil siasatan tersebut akan dirujuk dan dibentang kepada kabinet,” katanya.

Menteri Belia dan Sukan itu bercakap kepada pemberita selepas merasmikan surau baharu Majlis Sukan Negara (MSN) yang diberi nama Al-Faizin bernilai RM2.3 juta sebelum menghadiri majlis berbuka puasa anjuran MSN, di sini pada Rabu.

Artikel Wall Street Journal pada Jumaat lepas menyiarkan sebuah artikel yang mendakwa hampir US$700 juta (RM2.6 bilion) dana daripada 1MDB yang merupakan syarikat pelaburan kerajaan, telah disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan