Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tunas Akademi Bola Sepak Bandaraya tumpu tiga kejohanan

KOTA KINABALU: Tunas Akademi Bola Sepak (TABS) Sabah FA Bandaraya akan memberikan tumpuan kepada tiga kejohanan yang akan disertai mereka pada tahun ini.

Timbalan Pengerusi TABS, Lokman Sunggim berkata, kejohanan tersebut ialah Piala Borneo di Kota Kinabalu pada September, Bola Sepak CIMB (Melaka, 22 September) dan Bola Sepak Jemputan Wilayah Persekutuan Labuan pada 7 September ini.

Menurutnya, TABS akan menghantar dua pasukan iaitu bawah 16 tahun dan bawah 11 tahun untuk Kejohanan jemputan di Labuan pada minggu depan dan Kejohanan Bola Sepak CIMB di Melaka mulai 22 September ini.

Katanya, kedua-dua pasukan terbabit sedang giat menjalani latihan ketika ini sebagai persiapan untuk menghadapi kejohanan tersebut.

“Pasukan B16 akan dikendalikan bekas jurulatih skuad Piala Belia Sabah, Awang Sabtu Jamil dan dibantu jurulatih Michael Wong manakala jurulatih pasukan B11 akan ditentukan oleh Ketua jurulatih, Matasan Ahmad. Selepas selesai Kejohanan jemptan Labuan, pasukan yang sama akan dihantar untuk menyertai Kdi Melaka,” katanya.

Lokman yang juga Penolong Pengurus Skuad B19 Sabah berkata, selepas selesai menyertai dua kejohanan itu, TABS akan meneruskan latihan bagi persiapan Piala Borneo yang dijadual bermula akhir bulan September.

“Kami akan menyertai hampir semua kategori umur yang dipertandingkan dalam kejohanan Piala Borneo kecuali kategori umur B15 kerana pemain-pemain akan menduduki ujian PT3,” ujarnya. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan