Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tun Mahathir tinggalkan UMNO atas keputusan sendiri- PBS

8:14pm 06/03/2016 Leolerry Lajius 336 views Politik,Tempatan
Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan (tengah) ketika acara memotong kek sempena ulang tahun ke-31 PBS.-Gambar Oleh Alex Mairin

Presiden PBS Datuk Joseph Pairin Kitingan (tengah) ketika acara memotong kek sempena ulang tahun ke-31 PBS.-Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Keputusan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad keluar dari UMNO merupakan keputusan beliau sendiri dan di pihak Parti Bersatu Sabah (PBS) walaupun ia merupakan satu kehilangan bagi Barisan Nasional namun tidak menggugat sokongan PBS dalam melaksanakan dasar kerajaan.

Menurut Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili, tindakan mantan Perdana Menteri itu yang pernah menjadi perdana menteri selama 22 tahun merupakan satu kehilangan bagi BN namun ia merupakan keputusannya sendiri.

“Tindakan tersebut merupakan situasi dalam politik UMNO dan dalam peringkat ini kita akan memerhatikan apa yang terjadi seterusnya dan di pihak PBS, parti ini  akan terus menyokong dasar kerajaan,”katanya kepada media ketika ditemui media sempena majlis ulang tahun PBS yang ke-31, di sini, semalam.

Menurut Maximus lagi, PBS merupakan salah satu parti yang menitikberatkan soal perpaduan kerana keahlian dalam parti tempatan tersebut yang tertua di negeri ini adalah terbuka kepada masyarakat pelbagai kaum.

Beliau turut menyokong saranan presiden parti tersebut dalam ucapannya yang menyeru agar menarik lebih ramai golongan muda untuk berjuang bersama-sama dengan PBS.

“Untuk menarik lebih ramai golongan muda menyertai PBS kita telah menekankan bahawa PBS merupakan parti yang menghormati kepelbagaian kaum yang terdapat di negara ini dan usaha penyatuan rakyat Sabah yang berada di luar dari negeri ini telah ditekankan melalui pendirian parti ini untuk melebarkan sayap ke Semenanjung Malaysia dan Sarawak.

“PBS akan pastikan bahawa obor parti ini akan terus diperkukuhkan dan diperluaskan sebagai satu parti politik pelbagai kaum di Malaysia,”katanya.

Tambah beliau, ketika ini  unsur keganasan merupakan satu cabaran utama dalam pentadbiran negara dan beliau percaya bahawa platform politik berbilang kaum adalah satu langkah yang baik untuk memupuk perpaduan.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Maximus ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Maximus ketika sidang media tersebut.-Gambar Oleh Alex Mairin

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan