Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TUN MAHATHIR TIBA DI KOTA KINABALU

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu untuk merasmikan Sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka, malam ini. Ketibaan Perdana Menteri disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bersama jemaah menteri persekutuan dan negeri. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

KOTA KINABALU: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Sabah untuk menghadiri Sambutan Hari Malaysia, malam ini.

Beliau dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali tiba pada pukul 12.20 tengah hari menggunakan pesawat khas di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.

Perdana Menteri disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan beberapa barisan menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Tun Mahathir dalam lawatan kali pertama ke Sabah sejak menjadi Perdana Menteri kerajaan baru. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Hashim Paijan dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Nor Rizan Mond Thani. -SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan