Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Mahathir harus memohon maaf atas kenyataan ‘jeleknya’

Datuk Zulkarnain (tengah) menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap Tun Dr Mahathir. -Gambar Oleh Alex Mairin

KOTA KINABALU: Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia (GAUM) menuntut permohonan maaf daripada Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung dakwaan beliau yang menyatakan punca Sabah dan Sarawak mundur adalah kerana sikap ‘malas’.

Pengerusinya Datuk Zulkarnain Mahdar menyifatkan, dakwaan Tun Dr Mahathir itu adalah satu kenyataan yang ‘jelek’ dan mantan perdana menteri itu wajar dikenakan tindakan tegas serta perlu memohon maaf kepada rakyat Sabah dan Sarawak.

Beliau turut menyifatkan, kenyataan itu juga memalukan rakyat Sabah dan Sarawak di mata masyarakat kerana ia seolah-olah mencerminkan bahawa rakyat Sabah dan Sarawak adalah pemalas.

“Kita minta supaya pihak polis dan jabatan peguam negara mengambil tindakan, kami juga akan menghantar surat kepada Tun Dr Mahathir untuk memohon maaf bagi seluruh rakyat Sabah dan Sarawak atas tuduhan yang jelek daripada tun ini,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, hari ini.

Zulkarnain menyatakan, ketika era pemerintahan Tun Dr Mahathir, status ekonomi Sabah dan Sarawak berada di tahap yang tidak menentu dan terpaksa bergantung dengan hasil kayu balak bagi menjana pendapatan kerajaan negeri.

Sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri, Sabah dan Sarawak juga dianak tirikan dalam aspek pembangunan malah beliau juga menjadi punca sebenar kedua-dua negeri ini mundur.

“Kita seharusnya menyalahkan tun kerana semasa tun berkuasa tun lah yang bertanggungjawab menyebabkan sabah dan sarawak ni di dalam Malaysia menjadi negeri yang termundur, tidak ada menteri dari sabah dan sarawak yang dilantik pada waktu itu,”katanya./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan