Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar Tunai Solat Jumaat, Doa Selamat Hari Jadi Ke-65

Tun Juhar (dua dari kiri) dan Shafie (kiri) mengaminkan bacaan doa selamat khas dipimpin Bongsu Aziz (tiga dari kiri) sejurus selepas Majlis Tahlil Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Ke-65. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr. Juhar Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni menunaikan Solat Jumaat, Majlis Tahlil dan Doa Selamat Sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi TYT Ke-65 di Masjid Negeri Sabah dekat sini, pada Jumaat.

Ketibaan Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah disambut Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan isteri Datin Shuryani Datuk Shuaib, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Jaujan Sambakong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Hashim Paijan.

Shafie (kanan) menyambut ketibaan Tun Juhar di perkarangan Masjid Negeri Sabah. Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Sejurus selepas itu, Tun Juhar bersama kira-kira 600 umat Islam menunaikan Solat Jumaat berjemaah dipimpin Imam Besar Masjid Negeri Sabah, Ibrahim Kisab.

Ibrahim turut menyampaikan Khutbah Jumaat bertajuk ‘Mencapai Kejayaan Hidup; Istiqamah Adalah Kuncinya’, selain memimpin bacaan Surah Yassin dan Tahlil, manakala bacaan Doa Selamat oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Bongsu Aziz Jaafar.

Tun Juhar (tengah), Shafie (dua dari kiri), Aidi (kiri) dan Bongsu Aziz (tiga dari kanan) bersama-sama membaca Surah Yassin yang dipimpin Ibrahim (dua dari kanan). Gambar SNT/Ehsan Penerangan Sabah

Hadir sama, Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Anak Negeri, Datuk Aidi Moktar, Pembantu-pembantu Menteri, Pengerusi Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), Datuk Dr. Hasbullah Taha dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah.-SabahNewsToday/Jabatan Penerangan Sabah

Komen


Berita Berkaitan