Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tun Juhar, Toh Puan serikan majlis jamuan negeri

2:48pm 10/10/2016 Leolerry Lajius 21 views Kota Kinabalu,Tempatan
Salah satu persembahan istimewa oleh Setiausaha Perhubungan Istana Negeri, Mohd Rashid Mohd Tahir dan penyanyi tempatan, Juraidah Gaus.PENERANGAN

Salah satu persembahan istimewa oleh Setiausaha Perhubungan Istana Negeri, Mohd Rashid Mohd Tahir dan penyanyi tempatan, Juraidah Gaus.PENERANGAN

KOTA KINABALU : Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Datuk Mahiruddin bersama isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M. 

Jasni menyerikan Majlis Jamuan Negeri sempena Hari Jadi Rasmi Ke – 63 TYT di Dewan Bankuasi, Dewan Undangan Negeri Sabah, malam tadi.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri disambut Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Aman dan isteri Datin Seri Panglima Faridah Tussin.

Tun Juhar kemudiannya memotong kek hari jadi diiringi dengan nyanyian lagu ‘Selamat Hari Jadi’.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan kebudayaan, persembahan artis tempatan serta penampilan istimewa Juara Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana.

Hadir sama Timbalan-timbalan Ketua Menteri, para menteri kabinet negeri dan para Ketua Jabatan Persekutuan dan Negeri./PENERANGAN-

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah memotong kek hari jadi yang ke-63.PENERANGAN

Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah memotong kek hari jadi yang ke-63.PENERANGAN

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan