Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar terima kunjungan hormat PERKEP

KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahirudin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M. Jasni menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Keluarga Polis Kontinjen Sabah (PERKEP).

Pengerusi PERKEP, Datin Fauziah Md Khamis berkata tujuan kunjungan hormat kali ini adalah untuk membawa balu kepada Allahyarham Lans Koperal Mazalan Awang​​ bagi menerim​​a sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar​ (YNJ)​.

“Sumbangan berbentuk keperluan menyambut hari raya diserahkan sendiri oleh Tun Juhar dan Toh Puan kepada Azidah Mat Noor iaitu balu kepada Allahyarham Lans Koperal Mazalan Awang.

“Kontin​j​en Polis Sabah dan P​ERKEP juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ​YNJ atas sumbangan kepada balu allahyarham dan berharap sumbangan seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa,”​ ​katanya ​ketika ditemui media ​selepas mengadakan kunjungan hormat
​di Istana Negeri, kelmarin.​

Sementara itu, Balu Allahyarham Lans Koperal Mazalan Awang, Azidah Mat Noor mengucapkan terima kasih kepada ​Tun Juhar dan Toh Puan​ Norlidah​ kerana memberikan sumbangan dan juga mengingati jasa Allahyarham yang pernah menjadi Pengawal Peribadi kepada Toh Puan​ Norlidah​.

Allahyarham Lans Koperal Mazalan Awang yang menghembuskan nafas terakhir pada 3 Jun 2018 meninggalkan seorang balu dan ​lima​ orang anak./PENERANGAN​-​

Tun Juhar​ ​(empat dari kiri) dan Toh Puan​ Norlidah ​(lima dari kanan) serta Azidah (tiga dari kanan) bergambar kenangan bersama Fauziah​ ​(dua dari kanan) dan ​ahli-​ahli PERKEP.

Komen


Berita Berkaitan