Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar terima Kunjungan hormat Panglima Medan Timur baharu

PENERAN​GAN… John (kiri) menerangkan matlamat MNC dan ativiti-aktiviti yang dirancang kepada Tun Juhar (kanan).

KOTA KINABALU : Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Datuk Mahirudin dan isteri, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni menerima kunjungan hormat Panglima Medan Timur yang baharu, Leftenan Jeneral Datuk Stephen Mundaw, pagi tadi.

Kunjungan tersebut sempena pelantikan Stephen Mundaw sebagai ​​Panglima Medan Timur menggantikan Leftenan Datuk Wira Mohd Zaki Mokhtar yang akan bersara wajib pada 28 November ini.

Stephen kelahiran Sri Aman, Sarawak merupakan orang Iban yang pertama berjaya mencapai status Jeneral tiga bintang dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sementara itu, turut membuat kunjungan hormat ialah Pemangku Presidan Kongres Momogun Nasional (MNC), Datuk John Wanji Maluda dan rombongan.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk menerangkan mengenai MNC dan sedikit sebanyak mengenai kegiatan yang dilaksanakan oleh MNC. /PENERANGAN-

Stephen(kiri) memberikan sedikit penerangan kepada Tun Juhar (kanan).

Komen


Berita Berkaitan