Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar terima kunjungan hormat duta Denmark ke Malaysia

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Dr Juhar Mahirudin menerima kunjungan hormat daripada Duta Denmark ke Malaysia, Jesper Vahr di Istana Negeri, pagi Rabu.

Menurut ​Jesper​,​​ ini adalah kunjungan hormat yang pertama dilakukannya kepada Tun Juhar selepas beliau dilantik menjadi duta di Malaysia.

“Kami membincangkan hubungan baik antara Denmark dan Malaysia serta bagaimana Denmark ​​​​​dapat menyumbang kepada negara ini.

“Selain itu, kami turut berkongsi mengenai pandangan rakyat Denmark terhadap tarikan yang terdapat di sini,” katanya​​.

Tambah beliau, Denmark dan Malaysia mempunyai hubungan yang baik dan kedutaan Denmark telah dibuka sejak tahun 1963./PENERANGAN​-​

Jesper (kiri) ​sedang mendengar pendapat ​​dari​​​​​​​​ Tun Juhar (kanan).

Komen


Berita Berkaitan