Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Tun Juhar sertai lebih seribu jemaah tunai solat terawih

Kota Kinabalu : Yang Dipertua Negeri, Tun Juhar Datuk Mahiruddin menyertai lebih seribu jemaah menunaikan solat terawih di Masjid Nur Islam Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah.

Turut mengiringi Tun Juhar, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Bungsu Jaafar dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din serta Timbalannya, Datuk Razarudin Husain.

Solat fardhu maghrib, isyak serta terawih itu diimamkan Pegawai Agama Istana Negeri, Imran Anggun, pada Rabu.

Sebelum majlis berbuka puasa, Tun Juhar menyampaikan sumbangan daripada Pusat Zakat Sabah dan warga polis kepada 28 anak-anak yatim dalam kalangan warga IPK Sabah.

Turut menyerikan majlis, Toh Puan Norlidah Tan Sri R.M Jasni, isteri Shafie, Datin Shuryani Shuaib, Pengerusi Perkep Sabah dan Datin Fauziah Md Khalis./Penerangan-

Tun Juhar (tiga dari kanan) bersama Shafie (empat dari kanan) dan Ramli (paling kanan) ketika menunaikan solat terawih.
2. Solat diimamkan, Imran (kiri) dan disertai lebih seribu jemaah.

Komen


Berita Berkaitan