Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

TUN JUHAR PAMER KEHEBATAN MEMETIK GITAR

Tun Juhar “jamming” dengan kugiran DBKK di acara Berbasikal Bersama TYT di Teluk Likas hari ini. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan Sabah

KOTA KINABALU: Peserta acara Berbasikal Bersama TYT hari ini begitu bertuah kerana berpeluang menyaksikan persembahan tetamu kehormat, Yang Di-Pertua Negeri, Tun Juhar Mahiruddin bermain gitar sambil mendendangkan beberapa lagu.

Selain mendendangkan lagu, One Night With You nyanyian Elvis Presley, Tun Juhar turut memetik gitar dan “jamming” dengan Kugiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang dipimpin Hezron Gulan, sambil menyanyikan medley Senandung Malam dan Cha Cha Cha.

Tun Juhar menyampaikan lagu ‘One Night With You’ nyanyian Elvis Presley sambil memetik gitar. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan Sabah

Tun Juhar yang sememangnya dikenali sebagai peminat muzik dan juga pemain gitar utama kepada kumpulannya sendiri suatu ketika dahulu membuat kejutan apabila naik ke pentas untuk membuat persembahan tanpa dirancang tersebut.

Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Norlidah R.M Jasni berada di lokasi berkenaan seawal jam 7.30 pagi untuk program Berbasikal Bersama TYT sempena Sambutan Haji Jadi Rasminya ke-65.

Hadir mengiringi Tun Juhar adalah Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal dan isteri, Datin Seri Panglima Shuryani Datuk Shuaib, Mayor Bandar raya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan isteri, Datin Rohayah Pawzy.

Tun Juhar (tengah) melepaskan merpati simbolik kepada sambutan Hari Jadi Rasminya yang ke-65. Gambar SNT/Ehsan Jabatan Penerangan Sabah

Pada majlis tersebut, Tun Juhar dan Shafie turut melepaskan 65 ekor burung merpati dan 65 ekor ayam sebagai simbolik kepada ulang tahun hari jadi rasminya.-SabahNewsToday

 

Komen


Berita Berkaitan