Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,669

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Tun Juhar menghadiri Persidangan Majlis Raja-Raja ke-240

10:09pm 17/02/2016 Elezebeth Esther Onjining 49 views Nasional,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman
Musa (kiri) dan Tun Juhar (kedua dari kiri) semasa Persidangan Majlis Raja-Raja, di Istana Negara, rabu lalu

Musa (kiri) dan Tun Juhar (kedua dari kiri) semasa Persidangan Majlis Raja-Raja, di Istana Negara, rabu lalu

KUALA LUMPUR- Tuan Yang Terutama, Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman menghadiri persidangan Majlis Raja-Raja yang ke-240 yang berlansung di Istana Negara,disini, rabu lalu.

Persidangan tersebut dipengerusikan oleh Sultan Selangor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah dan dihadiri oleh para Raja-Raja Melayu dan Yang dipertua Negeri masing-masing kecuali Pahang yag diwakili oleh Putera Mahkota negeri itu, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Kesemua Raja-Raja dan Yang Di-Pertua Negeri ditemani oleh ketua menteri dan menteri besar negeri masing-masing.Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan